sepilah sebilah sepi






Sepilah sebilah sepi

Sepilah sepi yang menduri
Sepilah hati yang tersisih

Sepisau sepi sebilah sunyi
Mengiris tangis senyap pudar
Hitam muram malam membisu

Sepilah sepi, sepilah hati
Sebilah sepi, sebilah belati

Gelap pekat terburai isak
Senyum mati masih hitam

Diamlah !!!
Diam membatu


Menepi ditepian sepi
Ditepi perih sunyi sendiri


KAU!!!
Masih hendakkah mendera?




LMB

Klik untuk komentar